Cerdik Yang Luar Biasa


Ramai orang boleh jadi pandai hasil membaca dan belajar

Berbagai-bagai ilmu dia boleh memperolehinya hasil membaca

dan belajar tanpa jemu-jemunya

Tapi jarang orang yang cerdik dan pintar

Cerdik dan pintar adalah kekuatan IQ semulajadi serta selalu akalnya dibawa berfikir dan berfikir dan memproses ilmu yang diperolehinya

Gabungan pandai dan cerdik ia akan jadi genius

Orang yang pintar orang yang luar biasa namanya

Genius ini orang Islam boleh dapat orang bukan Islam pun boleh memperolehinya

Di atas genius hanya boleh didapati dan diperolehi oleh orang yang bertaqwa sahaja

Saya pun tidak tahu apakah istilah yang patut diberikan kepadanya?

Kalau para-para Rasul kerana terlalu pandai dan cerdiknya dipanggil fathonah

Selain Rasul tidak boleh disifatkan dengan fathonah kerana ia khususiah bagi mereka

Sementara mencari istilah orang yang bertaqwa bolehlah disifatkan di atas genius

dan di bawah fathonah

Orang bertaqwa itu gabungan cerdik dan pintar serta pandai ia ditunjangi oleh rohnya yang bersih yang diberi ilham oleh Tuhan

Dia dapat ilmu di dalam ilmu, ilmu yang tersirat diberi faham,

natijahnya dapat ilmu hikmah

Tuhan berkata sesiapa dapat ilmu hikmah sesungguhnya mendapat ilmu yang banyak

Sesiapa yang bertaqwa dia diajar oleh Tuhannya

Ilmunya ada yang tersurat ada yang tersirat diperolehinya

Dia direzekikan ilmu yang halus dan seni-seni

Orang lain tidak dapat menerokanya, dia dapat menyelaminya

Kerana dia dapat ilmu tambahan dari Tuhan selain ilmu usaha (kasbi) dari titik peluhnya

Orang yang cerdik dan pandai kalau tidak dipimpin oleh hatinya yang bersih,

selalunya tersalah berfikir dan tersasar pandangannya

Adakalanya hingga fikirannya tersesat jalan menuju Tuhannya

Perlu diingat orang yang sibuk membersihkan hatinya tapi lupa mengasah akal fikirannya dia jadi beku dan pasif

Orangnya baik, tinggi akhlaknya, tapi orang tidak rujuk kepadanya,

kecuali sekitar fardhu ain dan hukum-hakam sahaja

Untuk ilmu seluruh kehidupan atau global dia tidak mampu menjawabnya

Dia selamat tapi tidak dapat menyelamatkan orang lain

Kalau dia ulama, dia hanya ulama yang berwatak nabi

Ilmunya di dlm ilmu, atau ilmu yang tersirat atau ilmu hikmah sudah lama hilang di kalangan umat Islam

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi